Tarikh-Tarikh Penting

- Pendaftaran kumpulan dibuka: 10/03/24 (Ahad)

- Pendaftaran kumpulan ditutup: 20/04/24 (Sabtu)

- Pertandingan: 11/05/24 (Sabtu), 09:00 - 11:00 pagi (GMT+8)

- Pengunguman keputusan: 01/06/24 (Sabtu)

- Upload e-Sijil: 08/06/24 (Sabtu)

- Penghantaran sijil fizikal & hadiah: 01/08/24 (Khamis)

PPKomp (Pertandingan Pengaturcaraan Komputer) adalah pertandingan tahunan pengaturcaraan komputer untuk pelajar sekolah dan pelajar kolej/universiti di Malaysia. Pertandingan ini merupakan anjuran bersama Fatihah Education Consultants dan Kulliyyah of ICT, International Islamic University Malaysia. Ianya adalah pertandingan penyelesaian masalah secara individu dan setiap peserta perlu menyelesaikan masalah diberi menggunakan bahasa pengaturcaraan.

peserta

Latihan

Matlamat utama PPKomp adalah untuk melatih dan mendidik pelajar dalam pengaturcaraan.

Menarik Minat

PPKomp juga bertujuan untuk menarik minat pelajar secara mendalam terhadap subjek pengaturcaraan (yang selalu disalah anggap sebagai subjek sukar oleh kebanyakan pelajar).

Pengalaman Bertanding

Semua pelajar di Malaysia mempunyai peluang yang sama untuk mendapat pengalaman menyertai pertandingan kerana PPKomp terbuka untuk SEMUA pelajar.

Aplikasi

Pertandingan ini memboleh pelajar mengaplikasi pengetahuan dalam pengaturcaraan dan teknik-teknik pemikiran komputasional yang dipelajari di sekolah/kolej.

Penyelesaian Masalah

Menggunakan matematik dan pengaturcaraan sebagai alat, pelajar didedahkan dengan masalah yang dapat mengasah kemahiran berfikir secara logik, kritis dan kreatif.

Pengayaan

PPKomp mempopularkan akitivi pengayaan sains komputer di kalangan pelajar dan guru/pensyarah di Malaysia.

Pertandingan adalah secara online. Kemudahan asas yang diperlukan: komputer/laptop, internet, dan wayar sambungan elektrik. Pertandingan diadakan di sekolah/kolej sendiri, dipantau oleh guru/pensyarah yang ditugaskan sebagai pengurus kumpulan. URL set masalah akan dihantar melalui email peserta sehari sebelum pertandingan bermula. Soalan akan dikunci dan dibuka secara automatik tepat jam 09:00 pagi (GMT +8) pada hari pertandingan.

Terdapat 3 set soalan iaitu set A, B, dan C. Setiap set soalan didatangkan dalam dua mod bahasa iaitu Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris. Peserta dikehendaki memilih salah SATU medium bahasa sahaja kerana kedua-dua medium bahasa dalam setiap set mempunyai set soalan yang sama. Jika peserta menghantar penyelesaian dalam kedua-dua mod bahasa, markah paling rendah akan diambilkira sebagai denda.

Set soalan A adalah lebih mudah berbanding set soalan C. Namun begitu, jumlah markah maksimum set soalan A lebih rendah berbanding set soalan C. Murid sekolah rendah digalakkan untuk memilih set soalan A dan pelajar universiti digalakkan untuk memilih set soalan C. Walaubagaimanapun, setiap peserta bebas memilih untuk menjawab mana-mana set soalan bergantung kepada kemahiran masing-masing.

Masa yang diperuntukkan adalah 2 jam. Peserta dinasihatkan untuk fokus pada SATU set soalan sahaja (sama ada A, B, atau C). Walaubagaimanapun, jika peserta mengambil keputusan untuk cuba menjawab lebih daripada satu set soalan, markah tertinggi daripada ketiga-tiga set soalan diambil sebagai markah akhir peserta. Sebagai contoh, jika Yusuf mendapat: set A = 70 markah, set B = 100 markah, set C = 90 markah, markah tertinggi daripada ketiga-tiga set iaitu 100 akan diambil sebagai markah akhir Yusuf.

Terdapat 6 masalah diberikan dalam setiap set semasa pertandingan. Setiap masalah mungkin mempunyai markah yang berbeza. Masalah dalam set disusun bermula daripada aras paling mudah dan soalan seterusnya menjadi semakin susah. Peserta dinasihatkan menyiapkan soalan atas terlebih dahulu sebelum beralih ke soalan bawah. Jika terdapat lebih dari seorang peserta yang mendapat penyelesaian betul, peserta yang menghantar penyelesaian paling awal dikira sebagai pemenang. Keputusan juri adalah muktamad.

Pertandingan adalah secara individu, menggunakan bahasa pengaturcaraan. Peserta boleh memilih sama ada ingin menggunakan bahasa Python, Java, JavaScript, PHP, C, C++, C#, VB.Net, atau Ruby. Peserta dibenarkan membawa pen, kalkulator, dan kertas A4 untuk pengiraan, merangka, atau melukis algoritma. Buku teks, buku rujukan, dan nota-nota dalam bentuk hardcopy atau softcopy (yang disimpan di dalam komputer sendiri) DIBENARKAN untuk digunakan sepanjang pertandingan.

Rujukan/tutorial di internet dan carian google adalah:
 1. dibenarkan untuk peserta kategori Bongsu, Kecil, Muda, dan Tengah.
 2. TIDAK dibenarkan untuk peserta kategori Sulung (mempertimbangkan pengalaman dan pendedahan pelajar universiti yang luas).

Peserta TIDAK DIBENARKAN menggunakan AI chatbots, seperti ChatGPT atau mana-mana perisian yang serupa, semasa pertandingan berlangsung.

Peserta TIDAK dibenarkan berbincang tentang masalah/penyelesaian dengan pihak luar atau peserta lain. Peserta TIDAK dibenarkan pos penyelesaian atau berkongsi penyelesaian pada hari pertandingan. Peserta juga TIDAK dibenarkan menggunakan sebarang aplikasi chat/sms untuk mengelakkan penipuan dalam pertandingan.

Peserta digalakkan cuba menjawab set soalan MRSM Code Wars dan set soalan PPKomp tahun-tahun lepas sebagai persediaan pertandingan.

Link soalan tahun-tahun lepas:
www.ppkomp.com.my/latihan.htm

Tutorial cara nak jawab sebahagian set soalan di atas ada di dalam YouTube.
Search keyword "PPKomp" dalam aplikasi YouTube untuk mencari video tutorial tersebut.

Terdapat 6 kategori pertandingan.

Bongsu
 - 12 tahun dan ke bawah (murid sekolah rendah).

Kecil
 - 13-15 tahun (tingkatan 1-3).

Muda
 - 16-17 tahun (tingkatan 4-5, atau setara).

Tengah
 - Pra-universiti (tingkatan 6, matrikulasi, A-level, diploma, atau setara).

Sulung
 - Universiti (pelajar ijazah sarjana muda dan ke atas).

Guru
 - Kategori khas untuk pendidik yang berminat untuk bertanding.
 - Terbuka kepada semua cikgu, pensyarah, tutor, jurulatih dsb.

medal

Anugerah akan diberi kepada 10% peserta teratas mengikut kategori.

Anugerah Emas
 - 2% peserta teratas

Anugerah Perak
 - 3% peserta berikutnya

Anugerah Gangsa
 - 5% peserta berikutnya

Sijil Sanjungan Kehormat
 - 20% peserta berikutnya

Sijil Penyertaan
 - akan diberi kepada semua peserta yang lain

Anugerah Kumpulan
 - 5 peserta dengan markah tertinggi dari setiap kumpulan akan dikumpulkan markahnya
 - Kumpulan dengan markah terkumpul tertinggi akan menerima anugerah kumpulan

Peserta wajib menghantar (gunakan button "Submit Code") sekurang-kurangnya satu penyelesaian (tidak kira sama ada penyelesaian yang dihantar betul/salah).
Peserta yang langsung tidak menghantar penyelesaian semasa pertandingan berlangsung atau tidak menghadirkan diri semasa pertandingan tidak layak mendapat sijil penyertaan walaupun telah membayar yuran penyertaan.

medal

PPKomp terbuka kepada semua pelajar sama ada pelajar Malaysia atau pelajar luar negara.

Pertandingan akan dilaksanakan menggunakan sistem online Hackerrank. Peserta diwajibkan mendaftar akaun Hackerrank dengan menggunakan email sendiri yang masih aktif.

Yuran yang dikenakan adalah mengikut bilangan peserta kategori murid/pelajar:
  0-2 orang pelajar: RM60.
  3-19 orang pelajar: RM28 untuk setiap pelajar.
  20 orang pelajar dan ke atas: RM25 untuk setiap pelajar.

Setiap peserta boleh mendaftar di bawah kumpulan masing-masing (sekolah / kolej / universiti / pusat tuisyen).
Jika sekolah/kolej/universiti peserta tidak mengambil bahagian, peserta boleh mendaftarkan diri sebagai peserta persendirian.

Bayaran boleh dibuat secara atas talian ke akaun seperti berikut:
 Nama Akaun: Fatihah Education Consultants
 Bank: CIMB Bank Berhad (cawangan Taman Seri Gombak)
 No Akaun: 8602415682

Peserta yang telah mendaftar tetapi gagal menyertai pertandingan pada tarikh yang ditetapkan:
 1. tidak boleh menuntut kembali yuran pendaftaran, dan
 2. tidak akan diberi sijil penyertaan.

1a. Pendaftaran Kumpulan*
 - Kumpulan boleh terdiri daripada sekolah, kolej, universiti, pusat latihan, atau pusat tuisyen.
 - Pendaftaran kumpulan boleh dibuat oleh pengurus kumpulan masing-masing (kebiasaannya guru/pensyarah/pegawai yang dilantik).

1b. Pendaftaran Peserta Persendirian*
 - Peserta yang mana sekolah/kolej/universiti/ pusat tuisyennya tidak mengambil bahagian dalam pertandingan boleh mendaftarkan diri sebagai peserta persendirian.

*Setiap peserta hanya boleh memilih salah satu sahaja, sama ada mahu mendaftarkan diri di dalam kumpulan atau mendaftarkan diri sebagai peserta persendirian.

2. Akaun HackerRank
 - Setiap peserta mesti ada akaun HackerRank. Boleh gunakan akaun HackerRank lama atau boleh daftar akaun baru.
 - Gunakan email yang masih aktif semasa pendaftaran HackerRank.
 - Sila beri username HackkerRank kepada pengurus kumpulan yang membuat pendaftaran kumpulan.
 - Username HackerRank berada di penjuru atas-kanan selepas peserta berjaya login akaun HackerRank.

3. Borang Pendaftaran
 - Borang pendaftaran hanya perlu diisi oleh pengurus kumpulan atau peserta persendirian sahaja.
 - Download borang pendaftaran di www.ppkomp.com.my/pendaftaran.htm.
 - Pengurus kumpulan hanya perlu isi borang pendaftaran kumpulan sementara peserta persendirian hanya perlu isi borang pendaftaran peserta persendirian.
 - Daftarkan semua nombor kad pengenalan peserta dan nama peserta.
 - Pengurus kumpulan boleh membuang atau menambah peserta dari masa ke semasa sebelum tarikh tutup pendaftaran.

4. Buat bayaran.

5. Hantar borang yang lengkap dan bukti pembayaran sama ada melalui Telegram @fatihahEdu atau email kepada info@ppkomp.com.my (salah satu sahaja).

6. Pengurus kumpulan akan dimasukkan dalam satu kumpulan Telegram yang dibangunkan oleh penganjur untuk berurusan semasa pertandingan.

7. Latihan Persediaan
 - Link latihan persediaan: www.ppkomp.com.my/latihan.htm.
 - Peserta sangat digalakkan untuk membuat latihan bagi membiasakan diri dengan persekitaran pertandingan sebelum pertandingan sebenar bermula.
 - Jawapan latihan boleh didapati di dalam channel Telegram peserta PPKomp dan juga di dalam YouTube.

8. Link soalan pertandingan akan diemail kepada setiap peserta sebelum hari pertandingan.

9. Tempat Pertandingan
 - Pengurus kumpulan menjalankan pertandingan di tempat masing-masing.
 - Peserta daripada sekolah/kolej/universiti yang ditutup kerana cuti perlu mengambil bahagian dari rumah masing-masing.

10. Pengurusan Pertandingan
 - Peserta dinasihatkan bersedia 30 minit sebelum pertandingan bermula.
 - Peserta tidak dibenarkan pos penyelesaian atau berkongsi penyelesaian pada hari pertandingan.
 - Pengurus kumpulan bertanggungjawab untuk mencari tempat yang sesuai untuk menjalankan pertandingan.
 - Pengurus kumpulan bertanggungjawab untuk menguatkuasakan peraturan pertandingan, terutamanya dalam memastikan peserta tidak membincangkan masalah/penyelesaian atau menipu semasa pertandingan.
 - Jika terdapat peserta yang melanggar peraturan pertandingan, sila maklumkan kepada pihak kami dengan segera (selewat-lewatnya 3 hari selepas pertandingan).

11. Selepas Pertandingan
 - Keputusan rasmi pertandingan akan diumumkan 14 hari selepas pertandingan tamat.
 - Jika ada kesilapan pada keputusan pertandingan, sila maklumkan pihak penganjur dengan segera.
 - e-Sijil akan dikeluarkan 7 hari selepas keputusan rasmi diumumkan.
 - Sijil fizikal dan hadiah peserta kumpulan akan diposkan mengikut nama dan alamat pengurus pertandingan seperti pada borang pendaftaran 2 bulan selepas keputusan rasmi diumumkan.
 - Sijil fizikal dan hadiah peserta persendirian akan diposkan mengikut alamat yang diisi pada borang pendaftaran peserta persendirian.

Sebarang pertanyaan tentang PPKomp, sila hubungi kami melalui email info@ppkomp.com.my atau Telegram @fatihahEdu